Friday, November 30, 2012

"Macho betul dia tu!"-part ll

  Pagi 2000,Tadika Kem Kementah

"Waklu, lu dah lah tak makan sayur, ada hati nak muka cantik",kata aku ke dia. "Lu apahal? Nak gaduh ka?",dia balas pula. Taiko benar perempuan tu. Dia rakan setadika aku. Itu jam, memang kuat aku bahan dia pasal dia tu tak suka makan sayur, tapi ada hati nak jadi cun. Aku tahu yang dia tak makan sayur, pasal setiap kali makan cucur yang ada sayur,dia dengan penuh tekun buang semua sayur yang ada dekat cucur tu. Lu orang tahu kan cucur tu apa? Kalau tak tahu,pergi tanya ke pakwe makwe lu orang. Zaman tadika dulu, aku ni memang cepat terpengaruh denagan cerita tivi ni. Ada satu cerita ni, dia kata, kalau nak jadi cun, kena makan sayur. Aku pun percaya petak-petak saja apa yang host rancangan tu kata. Itu pasal lah aku tak percaya kata dia yang kononnya dia nak jadi cun bila besar nanti. "Puihh, lu tak payah nak berangan lah. Tak kan lu nak pukul gua. Lu kan perempuan.",aku cakap ke dia. Marah kemain dia bila aku cakap yang dia tu lembik pasal dia perempuan. Budak tadika yang lain, dah mula bersorak semacam mereka mereka tu tengok sabung ayam.

*******
  Tiba-tiba, tak semena dan sespontannya, dia tumbuk perut aku. Pergh, senak woo perut aku. Mahu saja aku jerit senak punya pasal. Tapi, aku yang berstatus lelaki Johor sejati ni, mana nak jerit bila kena tumbuk dengan perempuan. Aku buat muka cool aje. Padahal time tu,senak dia,tuhan aku je yang tahu. Dia tak puas hati lagi sebab tak caya yang aku ni sekuat Badang lepas dia makan muntah rasaksa. Kali ni, dia tumbuk lagi. Pergh,yang ni,sumpah padu dia bagi. Senak punya pasal,sampai aku tertunduk. Bila dah tunduk, boleh pulak dia tarik uniform rasmi tadika aku. Aku yang memang sasa ni pun,cuba lah melawan. Tapi aku syak yang dia ni memang dah lama panas dengan aku. Punya lah kuat dia tarik uniform aku tu sampai koyak. Aku ikut hati, mahu aje aku tombstone gaya Undertaker ke dia. Tapi,dengan penuh jentelmennya, aku tak melawan. Aku berlalu pergi tanpa melawan. Dalam kecoh-kecoh tu,aku terdengar beberapa awek tadika aku kata,"Macho betul dia tu!" Jam tu,aku hanya tersenyum persis gaya Aaron Aziz menang anugerah. Kalau tahu dek Lisa Surihani yang aku semacho gini,aku syak,esok lusa dia mintak cerai dengan si Yusry tu.

*******
  "Weyh akhilah,kalau lu baca post gua pasal ni,gua nak mintak maap lah ye. Kalau lu dah cun serupa Liyana Fizi sekarang ni,jangan lupa ke gua pulak ye"-ikhlas dari hati. Kalau nak rasa seronok,cuba click Ni

Friday, November 23, 2012

"Macho betul dia tu!"-part l

  "Ni kenapa pulak baju koyak ni? Gaduh ke tadi?" tanya mak ke aku. Zaman kecik-kecik dulu, mak aku kemain garang lagi dengan anak-anak. Tahap kecuakkan aku dengan mak aku pun, memang lain macam gaya cuaknya. Aku tunduk gaya bekap singer nasyid time atas pentas. Habis kecut dah aku dengan mak aku jam tu pasal baju tu koyak bukan aku saja saja koyak. Tapi baju tu koyak pasal aku kena pukul dengan perempuan. "Cilaka apa doh kena pukul dengan perempuan! Lembik betul lu ni!" mesti lu orang nak kata ke aku gitu kan? Apa lu orang tak tahu, besar kemaluan weh kalau pukul perempuan depan khalayak umum. Aku ni memang jenis lelaki Johor melayu sejati, ditambah pulak dengan darah Jawa. Memang aku cukup tak kenan pukul pukul perempuan ni. "Tak mak, tadi dekat tadika, ada perempuan pukul." Mak aku berkerut dahi serupa time nak jawab soalan matematik tambahan yang terpaling susah. Ye, aku tahu, mak aku pun tak percaya yang anak lelaki dia yang kuat,tampan dan gagah sebegini rupa pun boleh kena pukul dengan perempuan. "Lepas tu pukul dia balik tak?" tanya mak aku lagi. "Tak mak, anak mak ni kan jenis yang jentelmen!" Aku senyum bangga. "Eleh, lu tu lembik!" kakak aku pulak sampuk. Mahu aje aku sikukan muka kakak aku jam tu. Tapi aku ni jenis yang berperikemanusiaan dan berperikehaiwanan. Aku biarkan saja kakak aku tu.
  "Bagus, kalau orang pukul, jangan balas. Tak baik macam tu."kata mak lagi. Aku pun angguk aje semacam gaya anak soleh. Mak aku tak tahu yang aku cari pasal dulu dengan budak perempuan tu. Kalau lah dia tahu, memang kena ChokeSlam dah aku.

********
  Time aku lalu depan bilik mak, aku dengar mak sembang dengan ayah. "Dia kena pukul dengan perempuan dekat tadika tadi,habis koyak baju."kata mak ke ayah. "Dahtu, dia balas balik tak?"tanya ayah. "Tak pun. Biasa lah, dia kan memang jenis yang tak melawan. Lembik."jawab mak. "Itu bukan lembik, itu baru laki namanya!" Lepas je aku dengar ayah cakap cenggitu. Baru aku tahu:"Macho beno gua ni rupanya!" hidung aku pun time tu kembang kempis aje menahan bangga. KehKeh!

Friday, November 16, 2012

Ter anu kah aku?

Petang 1998.


    Petang itu, buat julung kalinya, aku bermain baling selipar dengan budak kampung aku time petang-petang. Biasanya, time petang aku hanya menghabiskan masa tonton tivi dan melepak di rumah. Pasal kulit aku yang serupa Aaron Aziz ni memang sensitip dengan cahaya matahari. Sensitip benar. Tapi itu hari, aku kemain semangat nak keluar main pasal ada sorang ni yang dikatakan lejen oleh budak setadika aku ajak aku join diorang. Nak cukupkan kuota katanya. Aku sebagai anak yang soleh pun, meminta izin mak sebelum keluar bermain. Nak berkat lah katakan. Untung-untung, game petang tu, boleh lah team aku menang dengan ada nya berkat.

**********
  Permainan pun bermula. Aku seperti biasa yang memang dilahirkan lincah,berlari-lari cuba mengelak selipar yang dibaling kearah ku. Ekselen benar aku rasa itu jam. Tiba-tiba seperti mahu ada cecair yang nak keluar dari anu aku. "Sial, nak kencing,gua nak kencing!"jerit aku . Aku pun mintak game stop kejap pasal nak kasi laluan kepada kencing aku ni nak keluar. Nasib baik area padang yang aku main tu, ada semak tebal. Aku pun apa lagi, mencicit lari ke situ. Bila aku pancut, semacam lega rasanya. Mahu saja aku mengecilkan mata pasal nak kasi tahu lu orang bertapa leganya aku itu jam. Time aku nak zip balik seluar aku, terasa semacam pedih hujung anuku. Pedih dia memang lain macam aku cakap. Bila aku toleh bawah, pergh, itu jam, aku jerit sekuat yang boleh. Dah gaya menang money drop dah. Cuma tone aku bukan jerit yang gembira. Rakan sepermainanku mencicit pergi kearahku. Bila je diorang nengok, mata masing-masing melopong. "Lu orang nengok saja apa hal?! Tolong lah gua."aku jerit serupa abang besar. Mujur itu jam,ada pak cik lalu tepi padang. Dia pun apa lagi, pergi dekat aku. Dia sentap zip tu ke bawah balik. Itu jam, lagi kuat aku jerit. Mahu saja aku tendang muka pak cik tu. Biar dia rasa sama perit yang aku rasa. Lepas beberapa minit yang memeritkan, makin kurang rasa sakitnya.

**********
    Lepas dari hari tu,aku bertekad dan berniat. Kemana saja aku pergi, spender mahupun boxer mesti dipakai sekali. Mesti selamat kali ni. Tak gitu? Kehkeh.

Wednesday, November 14, 2012

Ustaz jugak aku ni rupanya.

  Ini first entri aku. Bosan benar permulaan sebegitu. Ye, memandangkan hari ini hari terakhir tahun Hijrah yang ke 1433 tahunnya, telah ku lahirkan blog yang tidak seberapa ini. Memang sengaja aku pilih tarikh ini kerana nampak sikit unsur islamic nya bukan? Ustaz jugak aku ni rupanya.

******
  Dunia ni kalau nak ikutkan memang tak adil. Tapi bagi aku, itu untuk mereka mereka yang tak tahu nak pikir. Cikgu ilmu kira-kira aku ada cakap, yang semua benda best mesti ada yang tak bestnya. Katanya, itu cara orang matang berfikir. Nampak, dia cuba nak kasi tahu lu orang yang semua benda dekat dunia ni ada adilnya. Itu saja yang aku nak kasi lu orang semua tahu. Maka, sempena awal tahun hijrah ini, pasanglah azam baru. Untung untung boleh lu orang jadi lagi ustaz dari aku untuk tahun baru ni. Tak gitu?

Tekan Ini untuk mengenali.