Tahun ini tahun 2012, tahun depan tahun 2013.
Macam celaka juga ayat starting tu. Sejujurnya, tiada apa yang nak aku cerita dekat lu orang. Cumanya, baru minggu lepas aku pulang ke Muar. Ya, Muar. Bandar yang pesat membangun. Khabarnya, sultan Johor nak buat legoland lagi satu dekat Muar bengan buat kereta api bawah tanah sama macam dekat New York tu. Maju bukan? Tahun 2012 ni, Bandar Maharani(Muar) dapat title Bandar Diraja. "Pergh,memang lawo lah" bak kata orang Muar. Aku sebagai anak Johor,berasa bangga. Ye lah, New York pun tak pernah dapat title Bandar Diraja. Ini kan pula bandar Rio De Janeiro. Oh,makin permai lah nampaknya Muar lepas ni. Aku ni dah gaya duta dah nak promote Muar. Ha, malas nak taip banyak. Aku kasi lu orang tonton gambar-gambar ni. "Gambar menceritakan segalanya." Lu orang tak percaya? Tak percaya lu orang tengok ni. Semua ni yang sempat aku snap. Indah betul Muar ni.
Apa lu orang tahu bendera apa tu? Kalau tak tahu,pergi tanya ke pakwe makwe lu orang. Kalau diorang pun tak tahu,kata ke diorang gini, "Bangang jugak you ni kan sayang."
Bukti yang Muar ni bandar ekselen. Abaikan makhluk yang mencangkung tu. Beliau kacak orangnya. Juga merupakan anak jati Johor.
Model tidak berbayar. Yang mana merupakan anak jati Muar. Cadangnya, beliau mahu memajukan Muar setaraf dengan Dubai. Tinggi betul cita-cita.
Masji Jamek Muar. Dah gaya istana dah. Fuhh,ekselen ekselen.
Itu je lah serba sikit pasal Muar. Kang kalau tunjuk banyak,lu orang jeles pulak dengan Muar. Salam tahun baru. Harapnya, tahun 2013 yang bakal mendatang ni jadi tahun yang cemerlang,gemilang,terbilang bagi aku dan lu orang semua. Selamat tinggal 2012.