Sejahteralah ke atas kamu semua yang membaca. Ya,kamu semua.
Malaysia negara yang seba boleh. Aku rakyat Malaysia. Lu orang pun rakyat Malaysia. Kita semua rakyat Malaysia. Tapi kalau ada orang Indon baca entri ni, "Maaf ya bapak-bapak,ibu-ibu,kamu itu bukan rakyat Malaysia." Apa lu orang semua tahu yang Malaysia ni ekselen? Ya,ekselen. Bukan eksiden. Itu lain. Kenapa aku kata gitu? Lu orang tak tahu ke yang Malaysia ni punya lah ekselen sampaikan ada hashtag pasal Malaysia. Benda tu lebih kurang gini: #SyukurMalaysiaMasihAman, #1Malaysia. Ada banyak lagi,tapi aku malas nak taip. Pandai-pandai lah lu orang reka sendiri. Tak kurang jugak pasal Pak-pak Menteri Malaysia ni. Semuanya berkaliber,bijaksana,cerdik,baik hati dan lain-lain lagi sifat mazmumah. Eh maaf,aku tersilap,sepatutnya mahmudah.
Sebab apa Malaysia ekselen? Sebab Malaysia ada Pak-pak Menteri sebegini rupa :
Wah wah wah,ekselen betul mereka-mereka ni! Tak gitu? Hujah-hujah mereka bernas. Tak boleh nak disangkal. Aku dah kata ke lu orang,jangan geleng kepala. Senyum dan terima seadanya. Kerana apa? Kerana kita tak sebijak mereka. Bijaknya mereka sehingga tak boleh diikut. Ha ha ha ha ha ha ha!
#MalaysiaOhMalaysia
