"Ha,tak payah lah nak bercintan-cintun zaman sekolah ni. Bukan elok sangat pun sebenarnya."kemain lagi mak aku kata ke adik aku bila dia tunjuk ke mak aku yang dia dapat surat dari senior lelaki dia. Yang aku pelik lah, apa punya bengap si senior tu pergi bagi surat ke adik aku. Dah tahu adik aku ni jenis lurus tak patut,habis dia tunjuk ke mak aku yang dia dapat surat chenta dari senior dia. "A'ah,tak payah lah nak berboypren kalau masih sekolah lagi,"kakak aku pulak mencelah. Pergh,kemain lantang lagi dia bersuara. Ya,aku paham, barangkali dia tak ada peminat serupa adik aku zaman sekolah dulu. Itu pasal kemain lagi dia sokong mak aku. Aku duduk aje konon tak nak ambil port bila mak aku start bagi lecture. Tapi bila lecture semakin panjang, tiba-tiba aku rasa nak mencelah, "Ma,tak semua boypren gelpren ni tak bagus. Ada je yang bagus. Jangan pandang semua benda negatif. Cuba kita ambil yang positif,"kata pemuda kacak ChawIskhandar. Aku cakap kemain konfiden dan selamba je jam tu. Nasib baik mak aku tak starlight lima kali dahi aku.
Sebenarnya, berendut atau bahasa omputeh, couple zaman sekolah ni, bukan semuanya tak bagus. Ada member aku sorang. Aku sekelas dengan dia tingkatan 4 dengan 5. Mula-mula tu, result dia tak okay mana pun. Taraf-taraf aku je. Tapi bila dah ada gelpren, pergh kemain lagi dia. Bila result SPM keluar, dapat straight A pulak. Aku tak dapat result macam dia mungkin pasal aku tak ada gelpren jam tingkatan 5 dulu. Bukan aku nak kata pasal dia ada makwe dia dapat rsult macam tu, tapi bila dah ada makwe, dia pun semacam ada semangat belajar. Pagi petang siang malam belajor dengan makwe dia. Makwe dia pulak top student dekat maktab aku dan memang jenis ekselen. Setakat buku Biologi tu,aku rasa dia dah khatam 7 kali. Siap hafal nama penulis. Ekselen bukan?
Konklusinya, berendut zaman sekolah ni, ada jugak baiknya. Aku bukan menggalakkan, cuma aku nak kata, jangan pandang semua benda negatif. Dalam buruk, ada baiknya. Lagi satu, lu orang jangan pulak cari boypren ke gelpren yang sama tahap kesengalan. Yang itu, memang negatif dan susah nak cari poistif duduk part mana. Sampai di situ sahaja. Sejahtera semua.