Sunday, November 16, 2014

Tiang

Sejahtera ke atas Kalian semua!

 Setelah lama aku tak menaip sepatah haram pun dekat blog ni,maka harini aku pecahkan rekod tersebut. Ni pun pasal desakan peminat-peminat aku. Hampir setiap hari,ada saja yg suruh aku update. Ada yg siap ugut tak nak itu,tak nak ini kalau aku tak update blog. Aku bukan apa,bukan tak nak update,aku cuma buat-buat sibuk sampai aku tak update blog ni. Ingat senang ke nak buat-buat sibuk tu? Lu orang bukan tahu mende pun.

 Ni aku nak tanya,lu orang rasa,tiang tu penting tak dalam binaan? Siapa jawab tak,lantak lu orang lah. Kisah pulak aku. Bulan 12 tahun lepas,aku terpergi Rock the World. Kalau pergi event-event gitu,memang boleh nampak pesen-pesen anak muda. Dari hipster sampai ke Punk. Ada jugak Skin jam tu. Okay,persetankan hal-hal mereka. Cuma apa yg aku nak cerita,masa Maghrib ada sorang muda belia ni. Aku memang perhati je. Dress up memang gaya Skinhead. Ala-ala bonehead. Bila dengor azan je,dia terus pergi surau. Padahal belia-belia lain masih terkinja lagi. Aku ikut dia dari belakang. Pasal tu aku boleh perasan dia. Lepas solat,dia sarung balik boot dia dan meneruskan hal terkinja dia.

 Sebenarnya,lantak lah lu orang punya sub-culture apa pun. Janji,urusan dgn Tuhan jangan lupa. Dalam kubur nanti,tak adanya ditanya "Lu dulu Skin ke Punk?" mana ada Malaikat tanya gitu. Nak berlibur pun,jangan sampai lupa solat. Pasal apa? Pasal solat tu tiang agama. Ha,sekarang dah tahu pasal apa tiang tu penting?

P/s: jangan serius sangat baca hal peminat tu. Takut aku tipu, KahKah.

Friday, June 20, 2014

"Eh silap tu!"

 Salam semua.   
 Minggu lepas aku balik Muo. Ya,Bandar Di-Raja tu lah. Balik kali ni,aku naik bas pasal nak saving duit. Sekarang ni, kalau tak pandai berbelanja bijak,senang nak jadi papa kedana. Yelah,kerajaan kan baik hati pergi naikkan harga minyak. Bila harga minyak naik,baru kita dapat chelen negara-negara maju pasal harga minyak kita lebih kurang dengan harga minyak negara diaorang bukan? Terima kasih Dato' Sri Najib!

 Bila aje sampai rumah opah aku,aku bagi Salam dan terus masuk tanpa bukak kasut. Ya,opah aku memang berkasut dalam rumah. Macam omputih dalam tv tu lah. Lu orang biasa nengok kan? Lepas makan aku pun melepak lah sambil nengok tv, tiba-tiba, "ChawIskhandar, pergi dapur tolong anyam ketupat!"terdengor opah aku jerit dari dalam bilik dia. Aku pelik jugak,raya kan lambat lagi. Puasa pun belum. Kejadahnya nak menganyam ketupat. Tapi,aku sebagai cucu yang taat pun terus pecut pergi dapur. Sampai aje dekat dapur,aku kelu. Lutut mula goyang. Peluh mula keluar dari dahi aku yg putih ni. Aku ternampak satu susuk perempuan bila aku sampai dekat dapur. Satu susuk perempuan sedang mengayam ketupat. Aku memang kenal susuk tu.
********
   "Awak buat apa berdiri dekat sana tu. Sini lah. Tolong saya anyam ketupat ni,"kata dia ke aku. Aku telan air liur tiga kali sebelum nak bercakap dengan dia. "Awak buat apa dekat sini? Bila sampai?"soal aku. "Dah lama sampai. Meh lah sini,tolong saya anyam ketupat ni. Kita anyam sama-sama,"balas dia. Sudah,aku tengah cakap dengan Liyana Fizi woi! Dia ajak aku anyam ketupat sama-sama pulak. Aku telan lagi sekali air liur sebelum duduk sebelah dia. Menggigil jugak aku nak pegang daun kelapa tu masa nak start menganyam. "Eh,silap tu! Anyam ketupat macam ni lah,"lembut aje suara Liyana Fizi ke aku. Tiba-tiba,dia ambil tangan aku untuk tunjukkan cara anyam ketupat yang sebenar. Jam tu,aku tak boleh nafas dah pasal teruja tahap Dewa Zeus. Lepas siap anyam,dia jerit ke aku,"Awak dah solat Subuh!?Bangun lah kalau belum solat lagi!Pukul berapa dah ni!"

  Kali ni,aku memang terkedu. Sumpah. Nak telan air liur,air liur dah tak ada. Aku gosok mata lekas bangun masuk bilik air angkat wudhuk. Terima kasih LiyanaFizi :)

Friday, April 4, 2014

Hari Ini Dalam Sejarah.

Hari aku publish entri ni,maka genaplah umur aku 20 tahun. Boleh lah ucap ke aku apa yang patut lah ye.

  Sejak aku ada telefon canggih ni,makin banyak pulak gambor dalam galeri. Apa yang pasti,tiada gambar yang berunsur lucah,porn mahupun nude. Kalau tahu dek mak aku,mahu dia ambil balik telefon ni. Pasal telefon ni,sebenarnya mak aku punya. Atas dasar,"Anak-beranak,apa salah meminjam",aku pun ambil lah kan. Aku berpendapat,mana cool orang yang dah berumur pakai telefon canggih. Tak oldskool lah! Sudahnya, bapak aku pun belikan telefon baru ke mak aku. Puas aku. Tapi,bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. 
  Sebenarnya,ini yang aku nak cerita (ini gambor lama):

Ha, cari le mana satu aku. Yang paling kacak,paling kiri,barisan paling depan. Okay,aku saja bagi klu.

Gambor aku ada dalam surat kabor. Pergh,surat kabor Inggeris pulak. Bahagian pendidikan lagi. Aku rasa,Pamela Anderson pun tak pernah keluar surat kabor slot pendidikan. Cuba lu orang baca tajuk dia. Kalau tak paham,boleh google translate. Patutnya,aku dah sampai Jerman dah,tapi apakan daya, Tuhan(Allah) ada plan lain ke aku,maka aku pun tak ke sana. Lu orang kena ingat, plan Tuhan lagi charee dari plan manusia. Dia Maha Mengetahui. Dia lah segalanya.
Setakat ini je lah ye entri aku. 


*Siapa lahir bulan april,dia cun dan kacak. Senang cerita.


Tuesday, April 1, 2014

Kehadapan awak.

Selamat hari lahir ke 20. Nurul Athirah binti Ahmad. 
Semoga panjang umur dan murah rezki.
Semoga berjaya dunia dan akhirat.
Semoga menjadi anak solehah.
Semoga menjadi pharmacist yang ekselen.

Okay,itu saja. Kalau ucap lebih-lebih,kantoi le yang aku ni mat romeo. Ye dak?

Friday, March 28, 2014

Susah rupanya.

Sejahtera ke atas kau semua.
Aku punya semangat nak jadi baik harini lain macam gayanya. Pasal aku dengor Khutbah Jumaat yang macam umph gayanya. Gaya khatib berkhutbah tadi memang charee. Khutbah pulak pasal sedare seagama yang bakal Syahid dekat Mesir sana. Maka lepas solat apa semua,aku pun balik lah ke rumah. Dalam perjalan,aku memang drive dengan sopan. Pasal berkobar-kobar nak buat baik ni. Sampai aje dekat tempat parkir blok aku,ada satu kereta berhenti depan kereta aku. Dia tengah loading barang keluar kereta. Aku pun sabokan aje. Tiba-tiba datang kereta belakang aku,boleh pulak dia hon. Kemain lagi dia hon. Gaya nak cepat. Nak terberak barangkali. Pasal tu tak sabo.
********
Tak berapa lama lepastu,kereta depan aku pun cepat-cepat bergerak. Aku pun bergerak lah cari parkir. Lepas aje baru turun kereta, aku nengok sorang pak cik tua dengan dua orang anak dia keluar dari kereta yang bunyikkan hon tadi. Jalan selambe aje. "Serupa tahi perangai. Dah tua pun tak reti nak sabo!"bisik aku dalam hati. Mahu aje aku makikan mereka. Hasihh,susah juga nak jadi baik sepanjang hari ni rupanya.

Wednesday, March 26, 2014

Benar kata pepatah.

  Aku ingat lagi jam aku sekolah rendah dulu,aku ada member nama Syazwan. Itu kalau tak silap aku lah nama dia. Dia ni kira chempiyen lah dekat sekolah dulu. Pasal dia ni dilabel budak perangai tak berapa nak baik. Tapi tak bermakna dia jahat. Aku pulak merupakan seorang pelajar baik,sopan santun dan kacak. Kerana itu,aku tak berapa in dengan dia. Tapi tak bermakna kitorang tak kawan. Kawan,tapi tak rapat.
  Ada satu hari tu, aku dok perhati dia. Jam tu tengah rehat. "Aishh,kemain peramah dia ni harini,"aku bisik dalam hati. Aku nengok,habis semua budak dia nak tegur. Takkan lah dia nak berkempen. Sekolah rendah kalau nak pilih ketua pengawas pun,mana ada sampai berkempen. Gila ni. Tak lama lepas tu,dia datang ke aku.
*****
  "Weh,ada duit?",dia tanya ke aku. "Kau nak berapa?",aku tanya balik. "Seposen. Boleh?"dia tanya sambil buat muka kasihan. "Oh,aku kasi doposen lah,"kata aku. Aku kan pelajar baik. Lepas aje aku hulur dia doposen tu, dia pecut beli nasi lemak. Nasi lemak telur mata pulak tu. Lepastu,dia datang balik ke aku buat muka seronok sambil pegang pinggan nasi lemak. "Aku tak bawa duit harini,itu pasal aku jumpa sorang sorang budak. Alah,kalau pinjam seposen sorang,mana kena ganti kan? Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit!"kata dia sambil tepuk-tepuk bahu aku. Jam tu jugak,aku terbayang cikgu Bahasa Melayu aku kata"Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit."
Benarlah kata pepatah.

Nota kaki:
* Syurga lah tempat bagi mereka yang Syahid di jalanNya dan semoga diberi balasan yang setimpal kepada golongan zalim. Nyawa bukan benda mainan.

Sunday, March 23, 2014

das Wasser

  Sekarang ni kawasan rumah aku ada sikit gangguan bekalan air. Air kena catu! Itu bahasa mudahnya. Kalau nak berak pun kena pikir dua tiga kali pasal takut kena istinjak guna batu. Dalam rumah aku yang ada pun cuma lesung batu. Gila apa nak beristinjak guna benda alah tu. Ye dak? Karang silap-silap mak aku flying kick, lain pulak lah kan ceritanya?

  Okay,sebenarnya tak ada apa pun yang menarik. Itu aje aku nak cakap. Sekian.

*Tajuk entri kali ni gua rasa megah. Pasal gua guna bahasa German wooo.

Tuesday, March 11, 2014

Bermacam gaya lah.

  Sudah sebulan lebih. Ya,sudah sebulan lebih aku biarkan,tanpa ada entri. Aku sibuk dengan dunia aku sendiri. Biasalah, anak muda yang berjaya kena sibukkan diri. Tak kisah lah sibuk buat benda berfaedah atau tidak, janji nampak sibuk. Cumanya, orang yang ada otak,tapi tak berakal aje yang sibukkan diri dengan benda tak berfaedah. Aku ada contoh. Ni lah manusia yang otak ada,cuma akalnya entah ke mana.

  
  Banyak benda boleh gurau,tapi agak-agak lah kalau benda hidup mati pun nak buat gurau. Maaf kata lah ye, benda ni tak lawak. Lagi satu, aku pun pelik mana dia dapat idea nak buat kerja bangang ni. "Di lahirkan kurang cerdik itu tidak apa, cumanya, jangan tunjuk kekurang cerdikkan anda. "
Sekian saja.

Khabar berita:
-Aku dengo ada orang dapat beli ayam RM 1 seekor. Pergh,kalau gitu aku pun nak. Pasor mana eh dia pergi? Kalau lu orang tahu, diharap dapat roger aku secepat mungkin.

Sunday, February 2, 2014

Side mirror itu penting.


 Yang tu cermin sisi atau dalam bahasa Inggerisnya, side mirror. Aku memang saja letak gambor yang aku snap dalam perjalanan nak balik Muo tu pasal nak kasi tahu lu orang yang tengok side mirror sebelum potong line tu penting. Perlu pulak aku kasi tahu dekat lu orang mana aku snap gambor tu kan? Lantak lah. Ada jenis driver yang bahalul,memang tak gemar nengok side mirror ni sebelum nak potong line. Perangai jenis macam ni,memang patut di star light dahi sebelum start drive. Baru lah mereka-mereka ni sedar yang kereta mereka tu ada benda alah nama side mirror ni. Nengok side mirror sebelum potong line ni,bukan dipraktikkan jam kita memandu aje. Dalam hidup seharian lu orang pun,lu orang kena praktikkan konsep "Nengok side mirror sebelum memotong."

  Ye lah kan,kalau nak maju ke depan,kita kena tengok belakang dulu kot kot kalau ada apa-apa yang tak kena dekat belakang yang boleh kita improvekan sebelum kita maju ke depan. Ye dak? Aku saja nak nasihat diri dan lu orang semua yang kalau nak terus maju ke depan,sekali sekala,kena jugak nengok belakang dan cuba cari apa lagi yang tak kena supaya benda tu kita boleh betulkan. Aku pun bukan manusia sempurna. Apatah lagi pak-pak Menteri Kerajaan kan? Maaf, kalau ada terkasar bahasa dan terasa. Sekian.