Apa khabar semua?! Kau orang kena jerit kuat-kuat; "Khabar baik!" itu pun kalau kau orang rasa baik lah. Kalau tak baik, kau orang cari Teh Hijau,kau orang minum benda tu. Kawan aku ckp,benda tu bagus. Jauh mana bagus dia,aku pun tak tahu. Kau orang try aje dulu.
Cuti Merdeka lepas,aku ada dkt KL. Lecturer aku kasi cuti awal. Maka,secara automatiknya,aku balik lah KL. Dekat Pekan pun bukan ada mende. Secara kebetulan pulak,ada Bersih 4.0. Sebagai belia yang tidak menyokong mana mana parti politik,aku hadirkan diri ke perhimpunan tu. Bagus sebenarnya bila rakyat berbilang bangsa berkumpul ni. Ini baru nama dia pesta rakyat! Selain dekat gig dan stadium,benda gini pun boleh menyatukan rakyat. Tak gitu?
Apa yang tak bagus,satu aje. Amende punya perangai lah golongan yg tiup vuvuzela sepanjang perhimpunan tu. Aku geram jugak pesen jakun gini. Orang dtg ke sana nak dengar ceramah,bukan pergi pasal nak tiup vuvuzela. Bingit jugak telinga aku sepanjang berhimpun. Aku tak dapat dengor dgn jelas,apa Rafizi and the gang berceramah. Nak dijotos kepala mereka yg tiup tu,tak sopan pulak rasanya. Semoga,perhimpunan lepas lepas ni,bendalah vuvuzela tu diharamkan.
Bukan selalu aku luahkan perasaan geram dkt blog ni. Kau orang baca aje lah. Aku harap jugak,lepas rakyat berhimpun sebegini gaya,sedar lah golongan pemerintah,ramai jugak yg benci kau orang. Ramai dah muak dgn kau orang. Kahkah. Tapi satu aku nak ckp ke PM; "Najib,hati kau memang keras!". Kahkahkah.
Cerita seorang manusia, ada kala benar, ada kala tidak, ada kala ditambah tolak. Maka, cerna sahaja apa yang telah ditaipnya. Hidup di dunia sekali saja kan?
Saturday, September 5, 2015
Friday, April 10, 2015
Tanah ini.
Assalamualaikum & Salam satu GST.
Sempena hari Jumaat yang mulia ni,aku nak jugak cuba menulis dekat blog ni. Macam mana perginya dah 10 hari di bulan April ni? Aku saja nak tanya. Sebagai rakyat marhaen di tanah ini, aku juga terasa dengan kedatangan GST ni. Dekat tempat aku belajar ni, sebelum cukai ni djalankan, popcorn ayam RM 2.00. Start April haritu,jadi RM 2.30. Aku saja bagi harga popcorn ayam pasalnya,baru malam tadi aku try beli. Nasib baik sedap. Aku bukan nak salahkan pak cik yang berniaga tu. Yelah, dia pun ambil stock dengan harga dah tinggi, tak kan nak jual harga murah. Mana ada orang bisnes nak rugi. Ye dak?
Apa yang bestnya GST ni, harga kereta turun. Part ni mari kita gelak berdekah :
Peugeot turunkan harga kereta secara purata 0.01 peratus. Maka Peugeot turun harga sebanyak RM 13.50 hingga RM 15.30. Kahkah!
Kalau Tok Janggut tahu yang ada lagi cukai yang membebankan rakyat walaupun British dah lama tak pegang Tanah Melayu ni,konfem dia sedih. Konfem dia tentang habis-habisan. Dulu pun, Tok Janggut dikira menderhaka pasalnya, cukai sirih yang 5 sen je. Sekarang ni, gomen kemain lagi kenakan cukai 6%. Tapi,bukannya aku nak ckp yang cukai ni tak bagus,bagus tu dari segi boleh backup pendapatan negara. Apa yang tak kenanya, cukai ni dilaksankan tak kena masa. Masa ekonomi tak menentu ni lah sibuk nak laksanakan. Negara ni punya pendapatan perkapita pun,berapa lah sangat kalau nak kenakan 6% cukai ni. Aku ni hanya nak kasitahu pendapat aku. Lu orang boleh fikir sendiri nanti.
Nota kaki : Dengornya jadi ahli perlimen masyukk. Ingat,kalau lu orang ada anak,suruh jadi politician. Kahkah! Sekarang baru aku tau kenapa Skinhead fuck politician. Tak kisahlah PR mahupun Gomen. Sama je.
Nota kaki : Dengornya jadi ahli perlimen masyukk. Ingat,kalau lu orang ada anak,suruh jadi politician. Kahkah! Sekarang baru aku tau kenapa Skinhead fuck politician. Tak kisahlah PR mahupun Gomen. Sama je.
Subscribe to:
Comments (Atom)