Friday, April 10, 2015

Tanah ini.

Assalamualaikum & Salam satu GST.

  Sempena hari Jumaat yang mulia ni,aku nak jugak cuba menulis dekat blog ni. Macam mana perginya dah 10 hari di bulan April ni? Aku saja nak tanya. Sebagai rakyat marhaen di tanah ini, aku juga terasa dengan kedatangan GST ni. Dekat tempat aku belajar ni, sebelum cukai ni djalankan, popcorn ayam RM 2.00. Start April haritu,jadi RM 2.30. Aku saja bagi harga popcorn ayam pasalnya,baru malam tadi aku try beli. Nasib baik sedap. Aku bukan nak salahkan pak cik yang berniaga tu. Yelah, dia pun ambil stock dengan harga dah tinggi, tak kan nak jual harga murah. Mana ada orang bisnes nak rugi. Ye dak? 

  Apa yang bestnya GST ni, harga kereta turun. Part ni mari kita gelak berdekah :
Peugeot turunkan harga kereta secara purata 0.01 peratus. Maka Peugeot turun harga sebanyak RM 13.50 hingga RM 15.30. Kahkah!

Kalau Tok Janggut tahu yang ada lagi cukai yang membebankan rakyat walaupun British dah lama tak pegang Tanah Melayu ni,konfem dia sedih. Konfem dia tentang habis-habisan. Dulu pun, Tok Janggut dikira menderhaka pasalnya, cukai sirih yang 5 sen je. Sekarang ni, gomen kemain lagi kenakan cukai 6%.  Tapi,bukannya aku nak ckp yang cukai ni tak bagus,bagus tu dari segi boleh backup pendapatan negara. Apa yang tak kenanya, cukai ni dilaksankan tak kena masa. Masa ekonomi tak menentu ni lah sibuk nak laksanakan. Negara ni punya pendapatan perkapita pun,berapa lah sangat kalau nak kenakan 6% cukai ni. Aku ni hanya nak kasitahu pendapat aku. Lu orang boleh fikir sendiri nanti.

Nota kaki : Dengornya jadi ahli perlimen masyukk. Ingat,kalau lu orang ada anak,suruh jadi politician. Kahkah! Sekarang baru aku tau kenapa Skinhead fuck politician. Tak kisahlah PR mahupun Gomen. Sama je.