Friday, December 27, 2013

Semoga bahagia hendaknya.

  Sedar tak sedar,kita dah nak masuk tahun baru dah. Tapi tahun masihi lah,kalau tahun Hijrah memang dah lama dah lepas. Itu pun kalau lu orang sedar lah. Tapi aku gerenti lu orang semua sedar pasal kita semua dapat cuti masa tahun baru Hijrah tu.
  Kepada sesiapa yang tak sempat nak pasang azam tahu baru Hijrah dulu,apa kata lu orang pasang azam tahun baru Masihi ni. Tapi kalau lu orang tak nak,lantak lu orang lah. Janji lu orang bahagia dunia akhirat.
  Aku pulak cadangnya nak berazam supaya jadi manusia yang lebih berguna dari tahun ni. Siapa yang rasa aku ni tak berguna tahun ni,tahun depan aku akan cuba jadi manusia yang lebih berguna. Senang cerita, manusia serbaguna. Aku pun tak tahu wujud ke tak perkataan manusia serbaguna tu. Tapi tak apa,aku akan realisasikan benda tu.
  Kepada rakyat Malaysia, khususnya kita sebagai golongan marhaen,kekal tenang dan terus berusaha untuk menyesuaikan diri dengan "transformasi" kerajaan. Nak merungut ke,nak gembira ke,ikut lu orang lah. Janji lu orang bahagia dunia akhirat. Kerajaan tu,makin ditegur makin menjadi.
  Semoga tahun 2014, tahun yang ekselen,tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Akhir sekali, aku doakan lu orang semua bahagia dunia akhirat.

Tuesday, December 24, 2013

Sekian kalinya.

Untuk sekian kalinya entri kali ni, aku akan bahasakan diri sebagai gua. Pasal aku nak berniaga. Bila aku bahasakan diri gua, baru ada feel peniaga yang berjaya. Tak gitu?

  Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

  Begini ceritanya. Gua dengan rakan niaga gua ada jual tudung, siapa nak beli, tak payah angkat tangan pun. Lu orang cuma perlu kasi tahu gua lu orang nak nombor yang mana. Konsep dia macam tikam nombor. Mana nombor yang lu orang tikam, lu orang dapat yang tu. Cara nak kasi tau, ikut korang lah. Nak  utus surat dekat gua, nak inbox dekat Facebook pun boleh, nak masej gua menerusi telefon bimbit pun tak ada hal. Cuma gua tak ada whatspp,bbm mahupun line. 

Sehelai RM 30.00 + (pos laju)RM 6.00
Kalau rasa berkenan di hati, boleh pilih ikut nombor. Jangan pilih yang sold out tu. Kalau lu orang pilih jugak,memang tak akan dapat. Aku berani jamin.

Siapa kaum hawa yang mahu rasa ekselen,apa kata lu orang cuba beli tudung ni. Tak rugi pun. Kalau lu orang tak percaya,ini respon mereka-mereka yang pernah terlibat dalam urus niaga dengan gua dan rakan niaga gua.(nama dia atho)





Sekian saja entri kali ini. Ini saja sebenarnya yang gua nak cerita. Cara menghubungi:
-014 3211487 (ChawIskhandar)
-Boleh juga inbox di facebook.

Wednesday, November 20, 2013

Sebenarnya..

  "Ha,tak payah lah nak bercintan-cintun zaman sekolah ni. Bukan elok sangat pun sebenarnya."kemain lagi mak aku kata ke adik aku bila dia tunjuk ke mak aku yang dia dapat surat dari senior lelaki dia. Yang aku pelik lah, apa punya bengap si senior tu pergi bagi surat ke adik aku. Dah tahu adik aku ni jenis lurus tak patut,habis dia tunjuk ke mak aku yang dia dapat surat chenta dari senior dia. "A'ah,tak payah lah nak berboypren kalau masih sekolah lagi,"kakak aku pulak mencelah. Pergh,kemain lantang lagi dia bersuara. Ya,aku paham, barangkali dia tak ada peminat serupa adik aku zaman sekolah dulu. Itu pasal kemain lagi dia sokong mak aku. Aku duduk aje konon tak nak ambil port bila mak aku start bagi lecture. Tapi bila lecture semakin panjang, tiba-tiba aku rasa nak mencelah, "Ma,tak semua boypren gelpren ni tak bagus. Ada je yang bagus. Jangan pandang semua benda negatif. Cuba kita ambil yang positif,"kata pemuda kacak ChawIskhandar. Aku cakap kemain konfiden dan selamba je jam tu. Nasib baik mak aku tak starlight lima kali dahi aku.

  Sebenarnya, berendut atau bahasa omputeh, couple zaman sekolah ni, bukan semuanya tak bagus. Ada member aku sorang. Aku sekelas dengan dia tingkatan 4 dengan 5. Mula-mula tu, result dia tak okay mana pun. Taraf-taraf aku je. Tapi bila dah ada gelpren, pergh kemain lagi dia. Bila result SPM keluar, dapat straight A pulak. Aku tak dapat result macam dia mungkin pasal aku tak ada gelpren jam tingkatan 5 dulu. Bukan aku nak kata pasal dia ada makwe dia dapat rsult macam tu, tapi bila dah ada makwe, dia pun semacam ada semangat belajar. Pagi petang siang malam belajor dengan makwe dia. Makwe dia pulak top student dekat maktab aku dan memang jenis ekselen. Setakat buku Biologi tu,aku rasa dia dah khatam 7 kali. Siap hafal nama penulis. Ekselen bukan?

  Konklusinya, berendut zaman sekolah ni, ada jugak baiknya. Aku bukan menggalakkan, cuma aku nak kata, jangan pandang semua benda negatif. Dalam buruk, ada baiknya. Lagi satu, lu orang jangan pulak cari boypren ke gelpren yang sama tahap kesengalan. Yang itu, memang negatif dan susah nak cari poistif duduk part mana. Sampai di situ sahaja. Sejahtera semua.


Sunday, September 29, 2013

Terimalah dengan hati terbuka.

Sejahteralah ke atas kamu semua yang membaca. Ya,kamu semua.

Malaysia negara yang seba boleh. Aku rakyat Malaysia. Lu orang pun rakyat Malaysia. Kita semua rakyat Malaysia. Tapi kalau ada orang Indon baca entri ni, "Maaf ya bapak-bapak,ibu-ibu,kamu itu bukan rakyat Malaysia." Apa lu orang semua tahu yang Malaysia ni ekselen? Ya,ekselen. Bukan eksiden. Itu lain. Kenapa aku kata gitu? Lu orang tak tahu ke yang Malaysia ni punya lah ekselen sampaikan ada hashtag pasal Malaysia. Benda tu lebih kurang gini: #SyukurMalaysiaMasihAman, #1Malaysia. Ada banyak lagi,tapi aku malas nak taip. Pandai-pandai lah lu orang reka sendiri. Tak kurang jugak pasal Pak-pak Menteri Malaysia ni. Semuanya berkaliber,bijaksana,cerdik,baik hati dan lain-lain lagi sifat mazmumah. Eh maaf,aku tersilap,sepatutnya mahmudah.

Sebab apa Malaysia ekselen? Sebab Malaysia ada Pak-pak Menteri sebegini rupa :


Wah wah wah,ekselen betul mereka-mereka ni! Tak gitu? Hujah-hujah mereka bernas. Tak boleh nak disangkal. Aku dah kata ke lu orang,jangan geleng kepala. Senyum dan terima seadanya. Kerana apa? Kerana kita tak sebijak mereka. Bijaknya mereka sehingga tak boleh diikut. Ha ha ha ha ha ha ha!  
#MalaysiaOhMalaysia




Sunday, July 21, 2013

Ramadhan datang lagi!

Salam Ramadhan,Syawal,Zulkaedah dan Zulhijjah.
  Cakap saja pasal Ramadhan, konfem masing-masing ada cerita masing-masing yang nak digebangkan. Aku pun tak mahu ketinggalan menyertai lu orang semua. Ya,aku tahu cerita yang aku nak cerita ni tak ada lah segebang pak-pak menteri gebang ke kita semua jam nak pilihan raya dulu. Pasalnya,bab gebang menggebang ni,serah saja kepada mereka. Itu lebih baik bukan?

  Aku ingat lagi,aku start puasa penuh,jam tu umur aku 5 tahun. Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak kampung aku yang seumur dengan aku jam tu,kira aku ni power lah. Pasal,umur 5 tahun,aku dah boleh puasa penuh. Ya,aku tahu,bunyi seperti lelaki soleh. Tapi tak apa,lu orang simpan lah pujian tu dulu.  
  Time umur 5 tahun tu,aku dapat  puasa penuh pasalnya, pak cik aku ni lah yang menyemarakkan semangat aku nak puasa penuh ramadhan tahun tu.Beberapa hari sebelum puasa,dia kata ke aku,"Kalau Ameng(nama family aku panggil ke aku) dapat puasa,Uncle bagi sehari 10 sen." Aku ni memang jenis dari kecik lagi ekselen sikit bab ilmu kira-kira duit ni. Selepas aku buat integration dan differentiation, kalau aku dapat puasa 30 hari, aku dah dapat 3 ringgit. "Masyuk jugak gua raya nanti,"bisik hati aku sambil senyum gaya seorang billionaire. Jam tu,3 ringgit tu,nilai dia dah cukup banyak dah untuk budak-budak macam aku. Dengan 3 ringgit tu,rasa macam dah boleh dah nak buka puasa dekat Hilton. 
  Lepas sebulan Ramadhan,Syawal pulak datang. Pagi raya tu,aku dah senyum kambing ke Uncle aku. Dia pula,buat-buat tak pandang aku. Dia bikin aku lupa apa yang dia janji ke aku dulu. Kamon lah,ChawIskhandar mana pernah lupa kalau bab-bab duit ni. Jam tu aku tak tahan lagi dah. Ye lah,aku nak jugak merasa jadi billionaire pagi raya tu. Aku pecut terus pergi depan Uncle aku sambil hulur tangan persis gaya ahlong mintak hutang. Uncle aku pun,senyum aje ke aku. Dia hulur sampul duit raya spesel. Sedara aku lain sampul biasa-biasa aje. Sampai ke aku,sampul warna emas. Memang tak silap dah ni,aku akan jadi billionaire!

  Bila buka sampul aje,Pergh, "Gua dapat 5 ringgit doh!" Jam tu,aku layangkan duit tu. Kemain gembira lagi aku rasa. Macam dapat bonus setengah tahun. Lepas dari tu,aku memang nekad nak puasa penuh. 

P/s:Semoga Ramadhan kita kali ni,sempurna hendaknya.

Wednesday, May 15, 2013

Transformasi bukan?

Cerita ini ada kaitan dengan yang masih hidup. Cerita pasal kawan spesel aku. Ya,kawan spesel.

  Ini semalam punya cerita. Petang semalam,aku buka fesbuk. Dan-dan,nampak pulak kawan spesel aku ni pun tengah on jugak. Kemain lagi dia nak sibuk. Aku pun tegur lah dia. Nanti,kalau tak tegur,dicop sombong pulak. Haishh. Gini aku tegur dia, "Hey hey,kerja lah." Dengan pantas dia reply,"tengah kerja lah ni. Saya tengah pisang ni." Jam tu, lepas aje aku baca apa yang dia reply, aku dah fikir, "Dia ni nak pisang gua ke apa?" Celaka apa. Jauh bebenor aku mikir. Biasalah,anak muda zaman ni kemain pick up kalau fikir benda benda gitu. Kalau fikir kenapa acceleration dalam fizik guna 9.81 m/s2 , tapi dalam mechanics guna 10 m/s2  , tak nak pulak difikirkannya. 

  Aku pun tanya ke dia pisang tu apa. Gini dia jawab,"Oh,pisang tu bosan lah." Kejadah apa! Apa kaitan pisang dengan bosan? Dalam hati aku,"Gua ni memang jauh ketinggalan zaman. Kemain hipster bahasa sekarang ni." Lepas ni,kalau ada orang tanya aku, "Lu suka tak benda ni?" Aku nak jawab,"Gua strawberry sangat!" Ini maknanya,aku setuju lah dengan dia. Macam tahi bukan? Ini baru transformasi bahasa namanya.

  *Kalau tahu dek Usman Awang,mahu aja di tempeleng kepala gua laju-laju pasal buat transformasi bahasa gini.

Sunday, April 7, 2013

Janji tinggal janji.

 Agak lama jugak aku tak updet. Ya,aku memang saja tak nak updet pasal aku malas nak menaip. Tapi,ada sorang makwe ni merayu ke aku. Macam gini lah dia merayu ke aku: "ChawIskhandar,tolong lah updet. Sejak tak baca entri baru awak,saya makan tak kenyang,tapi buncit tak hilang. Apatah lagi bila mandi.Dah mandi pun,saya busuk lagi." Itu kata dia. Pasal kesian ke makwe ni, aku pun updet blog ni.
********

  "Weh ChawIskhandar, kereta doh. Kereta kau eksiden."kata member ke aku. Gaya cemas dia kemain lagi tau,macam dapat tahu makwe dia dapat HIV. Aku dengan tenang cuba tengok kesan eksiden tu. Dalam hati aku,"Pergh,musibat. boleh tahan teruk jugak ni." "Ni nanti kita hantar workshop lah. Senang cerita."kata aku bajet tenang. "Okay,nanti aku bayar lah berapa kena."kata member aku persis gaya seorang pesalah. Ya,aku paham. Siapa tak rasa gitu bila pinjam kereta orang,lepastu,eksiden pulak. Memang lain macam rasa bersalah dia.
  Selang dua hari lepas eksiden,akhirnya,member aku ni jumpa bengkel yang boleh bikin balik kereta aku. Aku dengan dia pun,lekas aje gerak pergi bengkel tu. Sampai aje bengkel,aku mintak brader bengkel tu check kereta aku. Kemain lagi dia check,persis gaya seorang pro. Pergh,aku pikir jam tu,memang ekselen brader ni punya kerja nanti. "Silap-silap,bila dah siap nanti kereta gua,konfem macam kereta Batman." Itu aku punya imgine lah.
  "Bang,ni cemena kira ni bang?"tanya aku ke brader lejen tu. Sambil ketuk ketuk bahagian eksiden kereta aku tu,brader tu pandang aku dengan muka tenang. "Ni kira RM 500 dik." Oh,aku pandang member aku,dia angguk je pasrah dengan harga tu. "Okay lah bang,bila boleh siap agak agak?"tanya aku lagi. "Isnin ni dik boleh siap."jawab brader lejen tu sambil pegang pegang lagi bahagian kereta aku yang eksiden tu. Kemain lama dia kaji tempat tu. Pergh,memang lejen dah ni. "Kalau ahad saya ambil kereta ni, tak boleh bang?" "Abang try dulu. Nanti Ahad,call abang."jawab brader lejen.
********

Hari Ahad:"Bang,macam mana kereta?Dah siap ke belum?"tanya member aku ke brader lejen. "Belum dik. Esok petang,boleh lah siap kot."Jawab breder lejen.

Hari Isnin:"Hello,bang,kereta dah siap belum?" "Sorry dik,harini bengkel blackout lah. Tak sempat lagi nak buat ni."kata brader lejen. Jam ni,aku dah mula rasa yang dia memang betul nak bikin kereta aku jadi kereta Batman. Itu pasal lama nak siap.

Hari Selasa:"Bang,macam mana kereta? Siap dah?" "Oh,cat tak kering lagi lah dik. Ambil esok lah."jawab brader lejen. "Cilaka,tak kan dia ni memang nak bikin kereta gua jadi kereta Batman. Pasal tu lama semacam nak siap."bisik hati aku.

Hari Rabu:Soalan sama macam semalam. Nasib baik harini jawapan dia lain. "Oh,petang ni boleh lah ambil kereta."kata brader lejen. Aku kemain gembira macam budak darjah satu dengar loceng balik sekolah time hari Jumaat. Serupa tu lah aku punya gembira. Ye lah, nak nengok kereta aku bertukar jadi kereta Batman kan. Siapa tak gembira. Iye dak?

  Sampai aje dekat bengkel tu,aku terus pecut pasal nak nengok kereta aku. Pergh,kemain terkejut lagi aku."Dia ni tukar cat kereta gua ke apa ni?Gua tak suruh pun.Pahal kereta aku warna hitam,dah jadi warna putih?"kata aku dalam hati. Macam celaka punya banyak debu putih.Kemain kotor lagi kereta aku. Nasib baik lah bahagian yang eksiden tu dia dah bikin. Tapi,bila aku perhati,tak kemas mana pun kerja brader lejen ni buat. Cat pun tak kemas. Haishh,aku punya lah imagine yang kereta aku dah gaya kereta Batman. Janji kemain lagi nak siap hari Isnin. Tengok,Rabu baru nak siap. Memang legkap brader ni sebagai seorang Melayu. Janji dia memang Melayu. Ini lah baru Melayu. Tak gitu?
  

Saturday, January 26, 2013

Ini baru Malaysia!

Salam satu Malaysia,dua Malaysia dan tiga Malaysia. Indah betul Malaysia ni. Kejadah apa aku promote Malaysia ni. Dah macam macai pulak nak bersalam satu Malaysia bagai ni.
 ******
  Pagi dua hari lepas.
  "ChawIskhandar,bangun!Hantar mak nak pergi kerja ni."aku yang tengah sedap tidur ni pun terjaga pasal mak aku kejut kemain kuat. Macam halilintar dah gaya dia jerit. Lu orang kalau tak tahu halilintar tu apa,tanya ke pakwe makwe lu orang. Kalau dia tak tahu,usap kepala dia sambil kata,"Tak apa sayang,you bukan bangang,tapi I yang bangang pilih you." "Gua baru nak ambil feel tidur time cuti-cuti gini." Aku lekas bangun,gosok gigi,cuci muka sikit,terus keluar hantar mak aku kerja. Ya,orang handsome memang keluar pagi tak mandi. Kalau lu orang tak percaya,cuba tanya ke Aaron Aziz. Dia yang mesej aku kelmarin rahsia ni. Lu orang jangan kecoh ke media pulak. Malu dia nanti. Sampai aje aku depan butik (tempat mak aku kerja), aku salam mak aku,cium sikit macam gaya anak soleh. Mak pun hulur duit sikit pasal dia suruh beli makanan untuk brekpes. Nampak,baru jadi anak soleh sikit,dah dapat balasan. Adil betul lah Tuhan aku ni.

 Dapat aje duit, aku terus pecut kereta, cari mamak yang terdekat. Mujur ada mamak yang buka. Masuk aje kedai mamak tu, aku cari port yang kosong. Nasib baik ada. Meja yang aku duduk pulak sebelahnya ada lah 3 orang brader ni. Masa aku tunggu makanan, aku dengarkan aje mereke-mereka tu sembang. "Gua rasa,gua nak kahwin lah tahun ni.Ini azam gua."kata brader A dengan penuh semangat. "Haa,bagus sangat lah tu.Dapat lah gua bantai nasi minyak time kenduri lu nanti,"sampuk brader B sambil breder C ni angguk tanda sokong. "Tapi,yang masalah sekarang,duit gua tak cukup lagi ni nak kahwin."kata breder A lagi sambil urut-urut kepala gaya orang terkena migraine. Sampai situ je aku dengar brader-brader tu sembang pasal aku malas nak ambil port masalah orang besar-besar ni. Tak muda lah kan kalau asyik nak pikir masalah je. Ye dak? Lepas brekpes, aku pun pecut balik rumah sebab nak terberak punya pasal. "Celaka lu mamak. Kari apa yang lu kasi gua ni." Lepas melabur, aku pun buka fesbuk. Tengok news feed, aku ternampak benda ni. Terus aku teringat ke brader A.


"Takpe bro,gua paham perasaan lu sebagai seorang lelaki." Aku syak,yang makwe dia ni jenis perempuan yang belajar tak ingat dunia lah. Itu pasal naik majerin kepala si brader A ni mikir pasal nak kahwin. Haish, Malaysia Malaysia.

Friday, January 11, 2013

Nak mencarut pun tak ada guna.

  "Woi!Usatazah datang, ustazah datang."jerit member aku. Kelas aku yang tadi bising semacam pasar malam bila kena rush dengan polis pasal jual barang ciplak,tiba-tiba senyap. Ye lah,subjek lepas ni yang mengajarnya ustzah garang. Dia pernah ajar agama dekat dalam penjara. Ajar agama ke banduan katanya. Pasal tu lah dia punya garang memang betul garang. Mungkin dia fikir yang aku ni pun banduan. Bila dia masuk je kelas, aku tak pasal-pasal tak sedap hati. "Ahhh,sial apa pulak ni. Apahal gua rasa gini?" soal aku dalam hati. Lu orang tengok,punya lah garang ustazah tu. Sumpah tak tipu. Sampai aku tak buka mulut nak cakap. Cakap dalam hati je. Dah rupa macam niat sembahyang pulak sampai nak bisik dalam hati.

********
  "Keluarkan kertas latihan yang saya bagi semalam,"kata ustazah. Semua budak kelas aku kemain laju lagi keluarkan kertas yang dia bagi semalam. Kalau lambat, nanti dicop lembap pulak. Aku selaku lelaki yang jentelmen, mana boleh dicop sabagai lembap. Tak Aaron Aziz lah kan kalau lembap? Ye dak? Lepas 3 minit,5 minit dan tepat minit ke 9,aku sorang je yang tak ada lagi kertas atas meja. "Celaka. Siapa pulak rembat kertas gua ni? Ini memang betul bala ni."kata aku dalam hati. Ustazah yang tadi tawaf satu kelas pasal nak pastikan yang semua murid ada bawak kertas latihan tu, sekarang ni tengah berdiri depan meja aku. "Pahal lah pulak dia berenti depan gua ni?" "Dah. Tak payah nak berlakon cari kertas lagi. Saya tahu,kertas awak memang tak ada kan?"jerit ustazah ke aku. Dia ni bela jin ke apa? Cemana pulak dia tahu yang aku tak ada kertas tu? Aku senyum kambing aje bila nengok muka ustazah. "ChawIskhandar. Bangun kamu! Bawa kerusi kamu tu ke depan sekali,"panggil ustazah. "Kacak betul gua harini sampai ada peluang jadi model depan kelas"bisik hati aku sambil senyum sampai ke telinga. "Kamu angkat kerusi tu. Junjung kerusi tu atas kepala kamu sampai habis kelas."kata ustazah ke aku. "Apa malang sial nasib gua ni. Celaka punya kertas. Apahal time gua nak guna, lu boleh hilang? Musibat betul." Dah lah jam tu, kerusi dalam kelas aku kerusi kayu. Memang boleh tough lah kalau dah kena junjung benda alah tu sejam. Memang serupa Aaron Aziz nanti gamaknya badan aku. Celaka celaka. Aku pandang sekor-sekor muka budak kelas. Masing-masing kontrol gelak.

********
 Kelas habis je,aku cepat-cepat turunkan kerusi. Lenguh dia,Tuhan Allah je yang tahu. Tuhan lain mana tahu. Tahap gila babi yang teramat punya lenguh. Aku pergi balik tempat duduk aku. Aku ambil buku teks. Buka je buku teks, ada sehelai kertas terlipat kemas. "Macam gua kenal je kertas ni." Celaka. Memang celaka. Ini memang celaka level 253. Nak mencarut pun,tak ada guna.