Salam Ramadhan,Syawal,Zulkaedah dan Zulhijjah.
Cakap saja pasal Ramadhan, konfem masing-masing ada cerita masing-masing yang nak digebangkan. Aku pun tak mahu ketinggalan menyertai lu orang semua. Ya,aku tahu cerita yang aku nak cerita ni tak ada lah segebang pak-pak menteri gebang ke kita semua jam nak pilihan raya dulu. Pasalnya,bab gebang menggebang ni,serah saja kepada mereka. Itu lebih baik bukan?
Aku ingat lagi,aku start puasa penuh,jam tu umur aku 5 tahun. Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak kampung aku yang seumur dengan aku jam tu,kira aku ni power lah. Pasal,umur 5 tahun,aku dah boleh puasa penuh. Ya,aku tahu,bunyi seperti lelaki soleh. Tapi tak apa,lu orang simpan lah pujian tu dulu.
Time umur 5 tahun tu,aku dapat puasa penuh pasalnya, pak cik aku ni lah yang menyemarakkan semangat aku nak puasa penuh ramadhan tahun tu.Beberapa hari sebelum puasa,dia kata ke aku,"Kalau Ameng(nama family aku panggil ke aku) dapat puasa,Uncle bagi sehari 10 sen." Aku ni memang jenis dari kecik lagi ekselen sikit bab ilmu kira-kira duit ni. Selepas aku buat integration dan differentiation, kalau aku dapat puasa 30 hari, aku dah dapat 3 ringgit. "Masyuk jugak gua raya nanti,"bisik hati aku sambil senyum gaya seorang billionaire. Jam tu,3 ringgit tu,nilai dia dah cukup banyak dah untuk budak-budak macam aku. Dengan 3 ringgit tu,rasa macam dah boleh dah nak buka puasa dekat Hilton.
Lepas sebulan Ramadhan,Syawal pulak datang. Pagi raya tu,aku dah senyum kambing ke Uncle aku. Dia pula,buat-buat tak pandang aku. Dia bikin aku lupa apa yang dia janji ke aku dulu. Kamon lah,ChawIskhandar mana pernah lupa kalau bab-bab duit ni. Jam tu aku tak tahan lagi dah. Ye lah,aku nak jugak merasa jadi billionaire pagi raya tu. Aku pecut terus pergi depan Uncle aku sambil hulur tangan persis gaya ahlong mintak hutang. Uncle aku pun,senyum aje ke aku. Dia hulur sampul duit raya spesel. Sedara aku lain sampul biasa-biasa aje. Sampai ke aku,sampul warna emas. Memang tak silap dah ni,aku akan jadi billionaire!
Bila buka sampul aje,Pergh, "Gua dapat 5 ringgit doh!" Jam tu,aku layangkan duit tu. Kemain gembira lagi aku rasa. Macam dapat bonus setengah tahun. Lepas dari tu,aku memang nekad nak puasa penuh.
P/s:Semoga Ramadhan kita kali ni,sempurna hendaknya.
No comments:
Post a Comment